ALUAN PENGETUA

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia.

    Saya juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan kepada semua guru yang memberi kerjasama, komitmen dan menjunjung tinggi kerja yang diamanahkan demi memajukan anak didik dan meningkatkan martabat SMK Padang Kemunting. Kesungguhan dan komitmen ini kita dapat kekalkan dan ditingkatkan pada tahun 2012 dan seterusnya.

        Pada tahun 2012 banyak perubahan dalam arus pendidikan yang kita akan tempohi. Saya percaya bahawa, dengan semangat sepasukan muafakat dan kesungguhan maka kita dapat menempuhi perubahan ini dengan penuh keyakinan dan keikhlasan bagi mencapai visi dan misi SMK Padang Kemunting dan seterusnya mencapai hasrat merealisasikan Agenda Transformasi Negara.

      Akhir kata, mari kita semua berdoa semoga perancangan usaha dan kerja kita untuk memajukan anak didik dan bangsa kita diberkati Allah S.W.T.

(dipetik dari buku Pengurusan Sekolah SMKPK)

No comments:

Post a Comment