Sambutan Maulidur Rasul......

Sambutan Maulidur Rasul adalah menjadi kebiasaan di sekolah-sekolah di seluruh malaysia. SMK Padang Kemunting Majlis telah menjalankan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dengan lancar pada hari selasa, 21 Febuari 2012 bersamaan 28 Rabiul awal 1433H baru-baru ini. Program di bawah badan dakwah dan bina insan ini telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan semua pelajar, guru-guru dan turut dibantu oleh staf-staf SMK Padang kemunting yang terlibat.

Majlis dimulakan dengan perhimpunan pagi di Dataran Wawasan SMK Padang Kemunting dengan bacaan surah yasin beramai-ramai. Seterusnya sedikit taklimat dan nasihat disampaikan oleh PK Hem dan Ustaz Burhanuddin kepada semua pelajar sebelum memulakan perarakan.

perbarisan dgn kain rentang masing

ayu dan segak dgn berbaju kurung dan melayu
 Jam 8.15 pagi perarakan Maulidur Rasul pun bermula dengan berarak mengikut persatuan masing-masing.
 
perarakan pelajar dimulakan diiringi oleh para guru bertugas


Perarakan Maulidur Rasul tiba di Masjid Kampung Gelong Gajah lebih kurang jam 9.00 pagi. Di Masjid ini, para pelajar  diperdengarkan satu ceramah Mualidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Awang bin Abdullah @ Sulong.


Agenda di Masjid Gelong Gajah


Acara di dewan Bestari dimulakan dengan kuiz Maulidur Rasul yang mana disoal oleh Ustaz Burhanuddin. Ramai pelajar yang berminat dan cuba untuk menjawab soalan yang telah diajukan itu. Pelajar yang berjaya menjawab terus diberikan hadiah diatas ketepatan jawapan mereka. Kemudian diteruskan dengan pertandingan suara azan dan selawat oleh pelajar. Pertandingan ini telah diadili oleh Tn. Haji Azizul, Pn. Suraya, Pn. Hjh. Khasiah dan Pn. Nor Hilmiah. Pelajar yang menyertai acara ini sungguh bersemangat memperdengarkan suara Azan dan selawat mereka. Majlis sambutan Mualidur Rasul di dewan ini dihiburkan lagi dengan persembahan nasyid Maulidur Rasul oleh pasukan nasyid yang telah dilatih oleh Pn. Fartini, Pn. Zahara dan Pn. Hadijah.


pelbagai ragam di dewan

pertandingan dan persembahan


Di akhir majlis ialah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi acara yang dipertandingkan iaitu pertandingan azan, selawat dan kain rentang terbaik pasukan perarakan. Bagi pertandingan suara azan  tempat pertama dimenangi oleh Mohd Syazwan, 4IM, diikuti oleh Mohd Azizi, 2IM, tempat kedua dan tempat ketiga, Tengku Muhammad Fauzi, 3IA. Manakala bagi pertandingan selawat tempat pertama telah disandang oleh pelajar 4 Ibnu Abbas, tempat kedua pula 3 Ibnu Abbas dan tempat ketiga dimenangi oleh 2 Ibnu Majjah. Keputusan pertandingan kain rentang sempena Maulidur Rasul pula dijuarai oleh Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia. Tempat kedua pula disandang oleh Kadet Remaja Sekolah dan tempat ketiga dimenangi oleh Persatuan Bulan Sabit Merah.


Antara Juara-juara Pertandingan Majlis Sambutan Maulidur Rasul

Sekian Terima Kasih... ^_^



No comments:

Post a Comment